Tuesday, May 31, 2011

dah jam 4 pagi , gua tak tidur tidur lagi . gua pun tak tahu apa kena dengan mata gua ni . insomnia acapkali , tapi gua tak ambil peduli pun dengan penyakit kronik mata gua ni . yang penting bagi gua , dapat buat apa yang gua nak . sementara gua tunggu biji mata gua nak lembik , gua dah plan baik baik punya untuk projek yang seterusnya sempena cuti dua minggu ni . maklumla , budak sekolah lagi kan , dapat tahu je nak cuti memang mencalap menjunam melompat seronok sakan . mengalahkan penyokong bola sepak  , kah kah kah !  
sebelum cuti lagi gua dah plan baik punya apa yang patut gua buat cuti ni .gua ingat gua nak pergi mencari toy camera yang ada kat ipoh ni . gua dah mengidam bhai , punya lama gua 'aim' benda alah tu . 2 hari yang lepas gua ada pergi loken , dengan niat yang suci lagi murni . gua terpaksa korbankan waktu tidur gua dengan harapan menunggu hari yang gelap jadi terang agar gua dapat pergi loken dengan tenang nya . jam 7.19 pagi gua dah hidupkan enjin motor kuat gua , sementara gua tunggu enjin motor gua panas membara . gua pekena dulu teh susu yang opah gua bikin . bagi segar biji mata gua , nanti senang gua nak aim betul ? pheww tepat jam 7.30 gua dah bergerak pergi ke loken dengan harapan dapat jumpa apa yang gua inginkan . setelah tiba nya ke destinasi , gua park motor gua dekat dengan pizza hut dan berjalan kaki sikit sebab loken penuh dengan manusia . gua dengan semangat nya pergi 'survey' setiap celah tempat yang ada dann akhirnya gua ternampak sebijik POLAROID ! bhaii , memang dalam keadaan tip top lagi . gua pun tanya tokey tu . dia kata RM50 angkat , gua dengan muka senyum tak ikhlas gua belah dari tempat tu dengan hampa lagi sekali , cipann betul .

p/s : gua tak larat nak menaip , penat juga menaip rupanya .